Pejam celik mata dah tak lama je lagi majlis kami yang akan
berlangsung pada hujung bulan 11 ni nanti..InsyaAllah…So, banyak perkara dan
persiapan yang perlu di buat. Betol la apa yang selama ni orang kata ingat
kerja kawen ni mudah-mudah ke? Nak meniti hari bahagia perlukan pengorbanan dan
usaha untuk menjayakannya..Ku berharap sangat-sangat semoga semua persiapan ini
dipermudahkan dan dilancarkan urusan…aminnn…
Kalau kebanyakan orang yang nak kawen ni memang
kadang-kadang terexcited cikit tapi kalau nak tau, debaran dan keserabutannya
pon sama dengan excited nak kawen ni jugak..pergghhh…sabo je leerrr…Aku tak
terkecuali..dengan persiapan yang hanya tinggal beberapa bulan ni, entah la tak
tau nak kata macam mana…tak percaya pon ada..betol ke aku ni nak kawen??? Tapi
percaya laa kerana ini mungkin sudah takdir qada’ dan qadar yang Allah telah
tetapkan untuk diriku…Ada orang cepat jodohnya, dan ada orang lambat
jodohnya..itu semua terserahlah atas kekuasaan Allah…
 |
Ni antara tempat yang aku survey barang-barang since mase aku nak tunang lagi kat Semua House Jalan TAR, KL |
Kerja-kerja kawen ni banyak yang perlu di titik beratkan. Perlu
buat list, check apa yang patot di buat, budjet anggaran, perkara-perkara penting yang diperlukan dan macam-macam lagi
sampai pening kepala la jadiknye..Tapi semua kerja kawen ni kalo bole janganlah
terlalu bermewah-mewah (bagi aku laa) sebab banyak perkara lagi yang perlu di
utamakan yang penting selepas nikah tuu…InsyaAllah, harap-harap la segalanya berjalan
mengikut adat budaya melayu dan yang penting mengikut landasan dan ajaran Islam..
Contengan blog aku kali ini sememangnya mengenai kerja-kerja
kawen yang sedang dalam persiapan dan ingin memudahkan juga bagi bakal-bakal
pengantin di luar sana..Walaupon aku bukanlah tau semuanya dan expert
segalanya, tapi kat sini ku ingin berkongsi bersama serba sedikit apa yang penting dan senarai yang di
perlukan untuk kerja kawen nie…
- Kursus
pra-perkahwinan
- Dokumen-dokumen penting (Pejabat Agama)
- Tempah
Tok Kadi
- Baju
nikah
- Menu
makanan - Gotong-royong@Catering
- Khemah/
kanopi/ Scallop
- Hiasan
bilik tidur
- Barang hantaran dan gubahan
hantaran
- Butik
pengantin (Pakej- baju, pelamin, makeup, bunga tangan, pintu gerbang)
- Kek
kahwin
- Jurufoto
/ Juruvideo
- Cenderahati:-
i) Kawan-kawan
ii) Saudara-mara
iii) Tetamu
lain
iv) Kanak-kanak
i) Pelan
Lokasi
ii) Sampul
surat
iii) Setem
- Pengacara
Majlis
- Kompang,
PA System / sound (Nasyid)
- Bunga
Manggar
- Signboard
- Poster
/ bunting
- Inai
- Guest
book
- Facial/Massage/Spa
- Honeymoon
- After
Nikah
Ini semua list yang aku senaraikan sendiri, dan kalo tertinggal apa-apa atau ada perkara lain lagi yang diperlukan, harap sama-sama la berkongsi cerita yee...
Selain daripada perkara penting nie, korang mesti la buat budjet anggaran, sebab tak nak la budjet terlebih (pembaziran) atau budjet terkurang (tak cukup duwet pulak sebab nak buat macam-macam). Jadi kat sini ada la perkara yang korang perlu budjetkan...

BUDJET:
1-
Mas Kahwin
2-
Wang Hantaran
3-
Kos makanan
4-
Kos hiasan bilik tidur
5-
Kos baju nikah
6-
Kos belanja barang-barang hantaran
7-
Kos gubah barang hantaran
8-
Kos pakej perkahwinan (Butik)
9-
Kos cenderahati
10- Kos
kad jemputan
11- Kos
khemah, kanopi
12- Kos
banting/signboard
13- Kos fotographer/videographer
14- Kos
rawatan kecantikan
15- Kos lain-lain:-
·
Borang kahwin
·
Medical Chec-up / HIV test
·
Tok kadi
16- Kos honeymoon
17- Kos
memulakan hidup baru
Ok, yang paling penting last sekali tuu...kos memulakan hidup baru bersama suami/isteri tercinta untuk membina keluarga yang bahagia...Selalu orang akan fikir time untuk majlis jer, sampai bermewah-mewah sangat sampai lupa kepada tujuan asal untuk membina dan mendirikan rumahtangga..Nak grand-grand bole, tapi biarlah mengikut kemampuan kita dan yang penting bersederhana itu adalah lebih baik..Nampak rumitkan? Tapi jika kita banyak berdoa dan memohon pertolongan Allah, InsyaAllah dipermudahkan segalanya...We have a family, frenz, and our lovely future husband/wife to support and help us!
*Tunggu part yang akan datang...
hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..
ReplyDelete