Monday 19 November 2012

KAWEN PUNYE KERJE (Part 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ya Allah! Rasa macam cepat jer masa berlalu...walaupun kadang-kala rasa macam lambat jugak..Our wedding da tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi..tapi sempat la I mengupdate (rosak Bahasa Melayu..hehe) blog ni..Ok, persiapan yang dah last2 time ni banyak mengenai preparation for myself..Ye laa..dah penat dan letih sepanjang beberapa bulan ni dan boleh dikatakan tiap-tiap minggu balik kampong (kerja nak mengemas rumah la pulak)..mujurlah dari KL ke Pahang, kampungku tak la jauh mana..Kalau naik bas dari KL sampai ke Temerloh hanya mengambil masa dalam 2 jam sahaja..then, ke Kampung dalam setengah jam sahaja lagi..

Sepanjang masa sebelum nak kawen ni, banyak kena jaga kesihatan dan kecantikan..Lepas kawen pon lagi la nak kena jaga..Jom, innershine la dulu..hehe..

For this next entry for my preparation, I want to relax and pampering myself. Selepas dah selesai mencari kasut, tudung dan sebagainya..Soo the next schedule is, going to teeth treatment..Buat scalling laa..bagi membersihkan gigi..ingatkan nak buat rawatan pemutihan gigi, tapi budjet maa…mahal la jugak..tunggu lepas da kawen la kot bole buat..hehe..duit banyak nak pakai lagi untuk kenduri ni...Ye la, nak jadi raja sehari ni kalau boleh semuanya nak lengkap kan…Dengan dunia siber sekarang, walaupon tak tau tempat klinik gigi mana yang  nak pergi, kita boleh search je dalam laman web.. I nak cari klinik gigi yang dekat-dekat  je dengan rumah sewa..So, type klinik gigi bangsar, terjumpalah klinik gigi ni…

Siap peta, no. tel semua ada..hehe..Ni klinik swasta, bagi yang nak budjet, bole la buat di klinik kerajaan..tapi leceh sikit la, kot kena menunggu lama..

Appointment dalam hari cuti Deepavali tahun 2012 ni..pukul 5 petang..pagi diorang tutup..(raya jugak kot..haha)..Punya la lama da tak buat rawatan gigi..rasa-rasanya last masa zaman sekolah menengah dulu kot.. sama lah dengan Encik tunang kite tuu…hehe.. masa buat tu…errr..macam ngilu jerr..geli pon ade..haha..tapi tahan je laa…mujur la doktor ni pompuan..kalau laki lagi la aku tak nak..haha..Best tu memang la best buat, tapi bayarannya pon best la kan..mujurlah company aku ade cover untuk rawatan gigi…So, nanti aku claim je la balik..hehe..

Spa in Maju Junction Mall..
Then, next schedule yang lagi best, pergi buat body treatment and facial di spa pulak..Search lagi di web dan ada jugak yang kawan I suggestkan di Maju Junction, KL…So, senang la jugak nak pergi, sebab da selalu lalu dekat situ..berdekatan dengan Sogo, KL…Sampai kat sana, terus pilih nak buat apa, then…let’s do this…Syok maa..
 
Tab mandi bole berendam dalam tu..hehe..

Nak suggestkan la, bagi yang nak kawen, kalau bole kena pergi awal seminggu @  dua minggu la, sebab nanti takot muka merah-merah, kulit macam ada sedikit mengelupas la.. dan ada pendapat kata,  kalau buat facial dekat-dekat hari nak nikah, make-up tak berapa lekat..cepat cair..hehe..tapi tak de la nak makeup tebal-tebal kan..Just neutral..Mula-mula takut jugak nak buat facial ni, tapi InsyaAllah OK laa…

Tempat shower after body scrub, dan tempat buat facial..

Haa..ni la topeng muka mask rider..hehe...nampak bentuk muka tu kan..best pakai benda ni, sejuk je rase..
Ini pakej-pakej yang di tawarkan..macam mahal la jugak, tapi aku ambil pakej rawatan untuk bakal pengantin, kira OK la harga die..
Masa mula-mula nak masuk..memilih dan memikirkan nak buat apa la ye...sempat la promote kedai ni jap..hehe..

Kiri: Antara produk-produk yang dii gunakan di spa ni..Kanan: Award yang pernah di terima oleh pemilik spa ni....
Konon-konon memilih pakej la tuu..hehe..Selepas rawatan..rasa lebih fresh..

Selain dari preparation untuk fizikal kita..jangan lupa ilmu bekalan untuk mental, rohani dan jasmani kita..bukan persediaan majlis sahaja, tapi diri kita sendiri pon kena ada ilmu pengetahuan dan persediaan untuk menjadi seorang Isteri / Suami...Jadi, banyak-banyakkan membaca, bertanya pada orang yang berpengalaman dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dapat menempuhi hidup bersama di alam rumahtangga dengan  aman dan bahagia sehingga ke Syurga..InsyaAllah...

Antara koleksi buku-buku yang masih dalam pembacaan.
Lastly, sampai sini dulu nak cerite..nanti kite jumpe lagi di entry yang baru..sepanjang majlis kami berlangsung..InsyaAllah..doa-doakan kami agar semua urusan berjalan dengan baik, tenang dan lancar..Aamiin..




Wednesday 17 October 2012

KAWEN PUNYE KERJE (Part 3)


CHECKLIST AND PREPARATION FOR WEDDING

Update the checklist for my wedding preparation.

Save the date :
  •  Nikah - InsyaAllah 23/11/2012 (Jumaat - malam)
  •  Resepsi– InsyaAllah 24/11/2012 (Sabtu - Dari 11 pagi hingga 4 petang)
  •  Bertandang – InsyaAllah 26/11/2012 (Isnin - Dari 11 pagi hingga 4 petang )

Theme :
  • Nikah– Putih + Silver
  • Resepsi– Putih + Pink@Fuschia + Grey@Peach
  • Bertandang– Putih + Blue@ green tiffany


Legal Documents :
  •  Kursus Kawen–Done! (Setahun yang lepas..hehe..buat awal-awal senang tak payah pikir da..)
  •  HIV test – Done! (Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar, KL – Appointment in 28/9/2012 @ 8.00 am)
  •  Borang kebenaran nikah-  Done! (My Abah)
  •  Dokumen-dokumen berkaitan–  Done! (Photocopy)

Venue :
  • Nikah– Di rumah, Kg halaman (Bkt. Kening)
  • Resepsi–Di rumah,  Kg halaman (Bkt. Kening)
  • Bertandang–Di rumah, Kg halaman (Kg. Awah)

Catering/Canopy :
  • Nikah&Resepsi – Masak sendiri (malam) & Catering (siang) – My brother settlekan
  • Canopy guna kg punyer / My brother settlekan
  • Bertandang– Gotong-royong

Pelamin :
  • Nikah&Resepsi - Butik
  • Bertandang–No need

Photographer / Videographer :
  • Nikah&Resepsi–Tirai Imej Photography (My Brothers)
  • Bertandang–Tirai Imej Photography (My Brothers) / My Tunang Brother
  • Outdoor –Tirai Imej Photography (My Brothers)

Wedding Outfits :
  •  Nikah – Buy myself (Done!)
  •  Resepsi & Bertandang – Butik
  •  Dress – Butik (New design by myself)
  •  Tudung - Myself (not yet  Done!)
  •  Veil - Butik
  •  Shoe - sendiri/butik punya (Done!)
  •  Accessories – butik punya

Make Up / Inai:
  • Inai - Not yet (Inai Mekah)
  • Nikah&Resepsi - Butik
  • Bertandang - Butik

Doorgift :
  • Paper bag -Done!
  • Barang2- Makanan-makanan spt gula-gula, kerepek, bunga telur dsb.

BungaPahar/BungaManggar :
  • Done!

Hantaran :
  • Bilangan dulang Lelaki (untuk perempuan)-7 dulang
  • Bilangan dulang Perempuan (untuk lelaki)- 9 dulang


Batal air Sembahyang (Nikah) :
  • For Him - Jam (Done!)
  • For Her – Gelang (In progress Done!)

Invitation Card and Guest List:
  • Kad – In progress dan akan di poskan - Done!
  • Guest for both sides – Sendiri uruskan + Mak Abah uruskan
  • Bertandang- My tunang uruskan

Banting / Banner / Signboard:
  • Banting – Free (with card)
  • Banner – Design by my brother (Done!)
  • Signboard – Sendiri

Cake :
  • Hantaran–no need
  • Majlis potong kek – Dah tempah

Jurunikah/PembacaDoa/Saksi :
  •  Jurunikah – Done booking!
  •  Saksi
  •  Pembaca doa 

Kompang/Entertainment :
  • Kompang – Suruh anak-anak buah jer..(Ada kelab sendiri) Tak pon pakai sound jer..hehe..
  • CD of song/PA system – My brother (mybe)
 
Pembantu Pengantin:
  •  Nikah – My Lovely Frenz
  •  Resepsi– My Lovely Cousin (Pengapit)
  •  Bertandang– My Anak buah (Pengapit)
  •  Door gift/ Flower Girls – Anak-anak buah


Bilik Pengantin :
  • Katil– beli sendiri (not yet)- Done!
  • Decoration –sendiri/butik
  • Bunga Rampai–someone?

Facial/Massage/Dental: (Not Yet – mybe 2 weeks before the day)
  •  Hair – Treatment sendiri, my brother jer tolong guntingkan..hehe..
  •  Facial –Done!
  •  Manicure –No need..(nti inai tak lekat, x merah)
  •  Spa –Done!
  •  Dental – Done!

Honeymoon :
  • Date – Need to confirm
  • Location - Secret
  • Tickets - Fully sponsored 
  • Accomodations – Need to confirm

 Fuhh..ada yang da settle dan ada lagi yang belom..InsyaAllah harap di permudahkan segala urusan..Aamiin..



Saturday 22 September 2012

KAWEN PUNYE KERJE (Part 2)

Haallluuu!! Urmm, lame jugak tak update blog ni..Nak update tapi kekangan masa membuatkanku kurang ada masa nak menaip dan mengadap blog ni...huhu...Okey, jom kita sambung semula antara persiapan yang telah di buat olehku. Masa juga semakin hari semakin hampir untuk aku dan dia...Let's check it dauuuttt....


Ketika di pameran kerja kawen, di PWTC..
Gambar yang di ambil sebelum aku bertunang lagi...
Kad kawen pon in progress tunggu siap tak lama lagi..and then tunggu la kawan2 bagi alamat untuk di poskan..



Cantek2 baju yang di pamerkan di sini...
huuuu..mmg geram3x....So, baju untuk majlis aku pon ada la antaranya di ambil dari ilham pameran kerja kawen ni..tak rugi pergi tau...buat inspirasi..


Ni lagiii....Semuanya cantik belake…



Antara decoration untuk hantaran di Nilai, Negeri 9...
Tengah dok pikir jugak sape la pulak nak mintak tolong buatkan gubahan hantaran aku ni nanti..tak ada masa da nak buat sendiri macam masa bertunang dulu..




Ni gubahan2 hantaran di Nilai dan bakul2 untuk hantaran di Temerloh..





So, sekarang aku dah cari sikit2 goodie bag dan juga bunga pahar di Temerloh, Pahang






Ini gambar yang diambil masa survey2 baju pegantin dekat Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan juga gubahan hantaran di Semua House




Pergi shopping dekat SOGO, KL..Dalam bulan puasa, orang ramai dalam mood nak rayer, 
Tapi aku, dalam mood nak kawen..heheheh...Cari perfume, wallet+belt, beg, macam2 lagi dan macam2 adaa...




In Sogo..
Time ni orang dok sebok shopping raye, tapi aku dok sebok shopping barang2 untuk hantaran..Now, da dapat barang2 untuk hantaranku nanti..



Tadaaa...banyak tempat yang aku pergi, survey, cari barang macam2...memang sebok...tiap minggu tak duduk, tak lekat dekat rumah...buat persiapan ni semua, balik kampung lagi, bole di katakan tiap minggu laa...Penting untuk kita bandingkan harga tau dan juga pilih yang terbaik untuk hari bahagia kita nanti...Walaupon letih, tapi seronok...hehe...akhirnya banyak jugalah yang dah di settlekan...nak tau yang lain, tunggu lagi part yang seterusnya k....



Sunday 26 August 2012

KAWEN PUNYE KERJE (Part 1)

Pejam celik mata dah tak lama je lagi majlis kami yang akan berlangsung pada hujung bulan 11 ni nanti..InsyaAllah…So, banyak perkara dan persiapan yang perlu di buat. Betol la apa yang selama ni orang kata ingat kerja kawen ni mudah-mudah ke? Nak meniti hari bahagia perlukan pengorbanan dan usaha untuk menjayakannya..Ku berharap sangat-sangat semoga semua persiapan ini dipermudahkan dan dilancarkan urusan…aminnn…



Kalau kebanyakan orang yang nak kawen ni memang kadang-kadang terexcited cikit tapi kalau nak tau, debaran dan keserabutannya pon sama dengan excited nak kawen ni jugak..pergghhh…sabo je leerrr…Aku tak terkecuali..dengan persiapan yang hanya tinggal beberapa bulan ni, entah la tak tau nak kata macam mana…tak percaya pon ada..betol ke aku ni nak kawen??? Tapi percaya laa kerana ini mungkin sudah takdir qada’ dan qadar yang Allah telah tetapkan untuk diriku…Ada orang cepat jodohnya, dan ada orang lambat jodohnya..itu semua terserahlah atas kekuasaan Allah…


Ni antara tempat yang aku survey barang-barang since mase aku nak tunang lagi kat Semua House Jalan TAR, KL

Kerja-kerja kawen ni banyak yang perlu di titik beratkan. Perlu buat list, check apa yang patot di buat, budjet anggaran, perkara-perkara  penting yang diperlukan dan macam-macam lagi sampai pening kepala la jadiknye..Tapi semua kerja kawen ni kalo bole janganlah terlalu bermewah-mewah (bagi aku laa) sebab banyak perkara lagi yang perlu di utamakan yang penting selepas nikah tuu…InsyaAllah, harap-harap la segalanya berjalan mengikut adat budaya melayu dan yang penting mengikut landasan dan ajaran Islam..

Contengan blog aku kali ini sememangnya mengenai kerja-kerja kawen yang sedang dalam persiapan dan ingin memudahkan juga bagi bakal-bakal pengantin di luar sana..Walaupon aku bukanlah tau semuanya dan expert segalanya, tapi kat sini ku ingin berkongsi bersama serba sedikit apa yang penting dan senarai yang di perlukan untuk kerja kawen nie…
PERKARA-PERKARA PENTING:

  • Kursus pra-perkahwinan
  • Dokumen-dokumen  penting (Pejabat Agama)
  • Ujian Saringan HIV
  • Tempah Tok Kadi
  • Baju nikah
  • Menu makanan - Gotong-royong@Catering
  • Khemah/ kanopi/ Scallop
  • Hiasan bilik tidur
  • Barang hantaran dan gubahan hantaran
  • Butik pengantin (Pakej- baju, pelamin, makeup, bunga tangan, pintu gerbang)
  • Kek kahwin
  • Jurufoto / Juruvideo
  • Cenderahati:-
i) Kawan-kawan
ii) Saudara-mara
iii) Tetamu lain
iv) Kanak-kanak
  • Kad Kahwin
i) Pelan Lokasi
ii) Sampul surat
iii) Setem
  • Pengacara Majlis
  • Kompang, PA System / sound (Nasyid)
  • Bunga Manggar
  • Signboard
  • Poster / bunting
  • Inai
  • Guest book
  • Facial/Massage/Spa
  • Honeymoon
  • After Nikah

Ini semua list yang aku senaraikan sendiri, dan kalo tertinggal apa-apa atau ada perkara lain lagi yang diperlukan, harap sama-sama la berkongsi cerita yee...
Selain daripada perkara penting nie, korang mesti la buat budjet anggaran, sebab tak nak la budjet terlebih (pembaziran) atau budjet terkurang (tak cukup duwet pulak sebab nak buat macam-macam). Jadi kat sini ada la perkara yang korang perlu budjetkan...


BUDJET:

1-    Mas Kahwin

2-    Wang Hantaran

3-    Kos makanan

4-    Kos hiasan bilik tidur

5-    Kos baju nikah

6-    Kos belanja barang-barang hantaran

7-    Kos gubah barang hantaran

8-    Kos pakej perkahwinan (Butik)

9-    Kos cenderahati

10- Kos kad jemputan

11- Kos khemah, kanopi

12- Kos banting/signboard

13-  Kos fotographer/videographer

14- Kos rawatan kecantikan

15-  Kos lain-lain:-
·         Borang kahwin
·         Medical Chec-up / HIV test
·         Tok kadi

16-  Kos honeymoon

17- Kos memulakan hidup baru
 
Ok, yang paling penting last sekali tuu...kos memulakan hidup baru bersama suami/isteri tercinta untuk membina keluarga yang bahagia...Selalu orang akan fikir time untuk majlis jer, sampai bermewah-mewah sangat sampai lupa kepada tujuan asal untuk membina dan mendirikan rumahtangga..Nak grand-grand bole, tapi biarlah mengikut kemampuan kita dan yang penting bersederhana itu adalah lebih baik..Nampak rumitkan? Tapi jika kita banyak berdoa dan memohon pertolongan Allah, InsyaAllah dipermudahkan segalanya...We have a family, frenz, and our lovely future husband/wife to support and help us!

*Tunggu part yang akan datang...