Perancangan Allah itu sangat baik
dan setiap yang di aturkannya ada hikmah di sebaliknya..Tidak lama sebelum aku
tamat kontrak di PNS, ada seorang hamba Allah yang membuka jalan kepadaku
dengan memberitahu tentang pekerjaan di tempat lain..Hantar resume dan
kemudiannya aku di panggil untuk di interview pada minggu hadapannya…Sungguh
rezeki la kan,
bila baru jer habis kontrak, sekaligus dua tawaran interview yang aku
dapat..yang lain ni aku apply melalui jobstreet..Hari Khamis interview di Shah
Alam, dan Jumaat di Petaling Jaya..
Kerana kesungguhan untuk bekerja,
aku sanggup berulang-alik dari rumah sewaku ke Shah Alam, dan keesokannya,
balik semula ke rumah untuk pergi ke PJ pula..Semuanya aku usahakan sendiri selain
ketika di Shah Alam ada jugalah abangku yang menghantar ke tempat interview..
(First interview in Kenanga Investment Bank Berhad) Dengan tempat
yang belum dan tak pernah aku pergi, berbekalkan semangat yang ada walaupon ketika
itu badan aku sangat letih dan kurang sihat, aku teruskan juga..Mujurlah aku ni
seorang yang kuat dan berani (konon la..tapi tak de la buat2
berani sangatkan...) aku pergi dari rumah dengan menaiki Komuter ke KL
Sentral, dan turun naik LRT pula..Tanya orang di kaunter macam mana nak pergi ke
PJ (tempat yang aku nak pergi interview
tu la..agak2 jer mcm tak takot sesat pon…haha..bak kate tunang aku, ‘sesat pon
dalam Malaysia
jugak’ hehe..)…
Soo, bila da turun, naik teksi lagi
maka sampailah aku ke tempat interview..Now…(dalam
debaran untuk di interview)..Prepare je la ape yang patotkan dari malam
sebelum tu..Alhamdulillah, aku cuba
untuk confident dengan pelbagai soalan yang di tujukan kepadaku..Untuk kerja di sini, mula2 first interview di PJ and then I
got the second interview also in Kenanga Bank, but in KL head quarters
office…Alhamdulillah lepas tapisan pertama dapat pula yang kali kedua..(mcm ada harapan la kan).…
 |
Gambar hiasan semata-mata (tapi lebih kurang macam ni la aku interview, sorang laki, sorang pompuan dok tanye macam2 soalan) |
(Second interview di Kenanga bank lagi, minggu hadapannya)…Kali ni
aku da tak nak berpaling lagi, ape2 pon aku mesti dapatkan jugak kerja kat situ…(dlm hati aku) So, dengan penuh
confident aku menjawab soalan2 mereka yang mostly fully in English..Oh my
English!…huhuhu…So, keep to try it, even x macam English US pon, biolah English
Malay je..da namenye dok kat Malaysia
kan..Bahasa
Kita Budaya Kita Tau! Hehe…so, kena bangga dengan bahasa kita Bahasa Melayu,
jangan sampai dok teragung2kan sangat bahasa orang putih ni…nak belajar atau
speaking tu bole, tapi jangan la terlalu bunyi macam mengada-ada sangat nanti
orang jadi menyampah dan meluat pulak dengarnye kan..bukan kita nak cakap dengan fully orang
putih @ mat salleh betol,cuma mat salleh celop Malaysia ni jugak..huhu…tapi untuk
kerja, kita mestilah yakin@confident la orang putih kate kan...
And lastly..minggu hadapannya
sekali lagi, aku menerima panggilan dan perkhabaran gembira sehingga aku
mencium dan memeluk mak aku pada masa tu..(mujur
mak ada time tu...hehe..) memang hari tu hari yang gembira la.. dengan aku
mendapat anak saudara baru lagi...Alhamdulillah rezeki..Betol2 berkat dan
makbullah doa MAK! Selain doaku sendiri dan orang2 yang tersayang..Dan sekarang
aku menjalani pekerjaan di Bandar Kuala Lumpur yang serba mencabar ini…Syukur
Ya Allah!
Nak tau tak cane aku bole lepas
interview kali ni walaupon tak dek lah nak kate aku ni bagus sangat??. Jom, aku
nak kongsi dengan korang semua yang mungkin berguna untuk korang interview
nanti.…Untuk keterangan lebih lanjut tips and info, korang bole la klik di sini
atau pergi ke page ‘Tips & Info’….itu la antara soalan2 yang diajukan..dan
antara jawapan2 yang aku berikan..
(korang bole la buat rujukan kalau rase2 berguna untuk interview
nanti…tapi mostly aku rase x rugi la kalau korang bace dan ambil antara ayat2
dan tips2 berguna yang diperlukan supaya dapat di praktikkan..)
*Terima kasih kerana sudi membaca, harap2 korang pon akan
berjaya juga..InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment