Saturday 21 July 2012

Kerja oh Kerja (PART I)



Kerja..kerja…kerja….hurmmm..bercerita tentang kerja, siapa yang hidupnya tak mahu bekerja kan..melainkan orang yang pemalas dan sememangnya malas untuk bekerja..hehe..kan bekerja tu adalah satu ibadah yang wajib dituntut kepada setiap manusia..buat mereka yang masih tercari-cari pekerjaan, nak tukar kerja, atau graduan yang masih menganggur…pasti akan mengalami masalah untuk mendapatkan pekerjaan pada masa sekarang jika tidak diusahakan dan terlalu memilih pekerjaan..Percayalah jika setiap graduan yang hanya inginkan pekerjaan berdasarkan apa yang mereka belajar dan hanya dengan sekeping ijazah walau setinggi mana grade dan pangkatnya,tapi kalau tak di usahakan dengan betol memang tak akan dapat capai juga apa yang di cita-citakan…


Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..tapi untuk capai kesenangan mmg bkn senang…(ada paham ka ayat aku? Hehe…hanya orang yang mengerti sahaja yang akan faham..) Walau orang yang bekerja pon masih menghadapi situasi yang susah dan belom juga senang..Contohnya walau ada pekerjaan, gaji beribu ribu tapi masih belom merasa cukop dengan semua yang di perolehi dan yang Allah telah kurniakan rezeki kepada hambanya…Inilah yang dikatakan di mana keberkatan?? dan kecukupan segala keperluan…

Oklah..tak mahu panjang lebar bersyarah pula..sebenarnya aku ingin menceritakan kisah di mana selama aku hidop di atas muka bumi ni, setelah tamat belajar di sekolah menengah dan setelah bergelar graduan lepasan ijazah..ke mana hala tujuku selepas itu…susah senang mencari pekerjaan semata-mata untuk mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal…Tapi aku percaya setiap manusia, Allah telah tetapkan rezeki masing2 selain daripada kita yang patot usahakannya kan...(Berdasarkan pengalaman sendiri yang tidak seberapa nie...)


Firsty, pengalaman kerja pertamaku adalah selepas SPM..iaituu..menjadi guru ganti di tadika, milik family akak iparku di Penang..ahaks…Kebetulan sangat pada tahun tersebut mak abah pergi menunaikan haji di Mekah..Lebih kurang 2 bulan juga lah kat Penang tuu…After that, I get the offer to join form 6…nak tak nak aku pon masuklah sebab nak tunggu keputusan masuk Universiti x kesampaian…akhirnya selepas tamat form 6 sementara menunggu result STPM, aku pon berhijrah sebentar ke Shah Alam…bekerja sementara daripada 3-4 bulan dok kat rumah jerk kan…


Selepas 3 bulan akhirnya setelah result keluar, aku pon mendapat tawaran masuk ke Universiti (UiTM) Shah Alam..Alhamdulillah... Setelah 3 tahun di UiTM, aku pon berjaya menamatkan pengajian… Alhamdulillah syukur lagi …Wah! graduan sudah…bila da ade title graduan ni aku pon mula berasa takut jika di gelar graduan tanam anggur a.k.a menganggur leerrr…ye la bukan senang nak cari kerja di zaman sekarang niee..hurrmm..maka pencarian pekerjaan pon bermula.. Apply job, hantar resume sana sini, email, tanya orang namun belom rezeki aku kot untuk mendapatkan pekerjaan tetap…ye la, aku pon memang ingat nak berehat sekejap setelah letih penat lelah belajar selama 3 tahun tu kan..sementara menunggu hari konvokesyen, aku pon mendapat tawaran sebagai guru ganti (seperti yang pernah di catatkan dalam entry ‘siapa sangka’)…



Sebelum tamat kontrakku bergelar guru ganti (sebulan je lagi), then aku pon mendapat tawaran kerja di Perbadanan Nasional Berhad (PNS) and also contract in 8 month...Sepanjang berada di PNS, banyak pengalaman yang dapat ditimba dan belajar daripada apa yang aku kerjakan dan apa yang aku lalui...antara pekerjaan yang pernah aku lakukan adalah pentadbiran  (Administration), Human Resources (HR), Customer Service, also as a secretary and receptionist...hehe...

Sebelum kontrak aku habis, aku berasa sedikit gusar dan bimbang sekiranya tidak dapat menyambung kontrak di sana..di tambah pula dengan keadaan aku yang dalam persediaan untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi...InsyaAllah...Yelaa..nak cari kerja lain bukannya mudah dan senang kan..Tapi aku tahu, rezeki Allah itu ada di mana2 dan mungkin ada tempat lain yang lebih baik untuk aku dan Allah telah mengaturkan semuanya  yang terbaik buat hambanya sejak dari azali lagi...Maka aku masih dan teruskan berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan pencarianku...


*Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman..(akan bersambung lagi..heehe..)