Monday 6 August 2012

Kerja oh Kerja (PART II)


Perancangan Allah itu sangat baik dan setiap yang di aturkannya ada hikmah di sebaliknya..Tidak lama sebelum aku tamat kontrak di PNS, ada seorang hamba Allah yang membuka jalan kepadaku dengan memberitahu tentang pekerjaan di tempat lain..Hantar resume dan kemudiannya aku di panggil untuk di interview pada minggu hadapannya…Sungguh rezeki la kan, bila baru jer habis kontrak, sekaligus dua tawaran interview yang aku dapat..yang lain ni aku apply melalui jobstreet..Hari Khamis interview di Shah Alam, dan Jumaat di Petaling Jaya..

Kerana kesungguhan untuk bekerja, aku sanggup berulang-alik dari rumah sewaku ke Shah Alam, dan keesokannya, balik semula ke rumah untuk pergi ke PJ pula..Semuanya aku usahakan sendiri selain ketika di Shah Alam ada jugalah abangku yang menghantar ke tempat interview..

(First interview in Kenanga Investment Bank Berhad) Dengan tempat yang belum dan tak pernah aku pergi, berbekalkan semangat yang ada walaupon ketika itu badan aku sangat letih dan kurang sihat, aku teruskan juga..Mujurlah aku ni seorang yang kuat dan berani (konon la..tapi tak de la buat2 berani sangatkan...) aku pergi dari rumah dengan menaiki Komuter ke KL Sentral, dan turun naik LRT pula..Tanya orang di kaunter macam mana nak pergi ke PJ (tempat yang aku nak pergi interview tu la..agak2 jer mcm tak takot sesat pon…haha..bak kate tunang aku, ‘sesat pon dalam Malaysia jugak’ hehe..)…

Soo, bila da turun, naik teksi lagi maka sampailah aku ke tempat interview..Now…(dalam debaran untuk di interview)..Prepare je la ape yang patotkan dari malam sebelum tu..Alhamdulillah, aku cuba untuk confident dengan pelbagai soalan yang di tujukan kepadaku..Untuk kerja di sini, mula2 first interview di PJ and then I got the second interview also in Kenanga Bank, but in KL head quarters office…Alhamdulillah lepas tapisan pertama dapat pula yang kali kedua..(mcm ada harapan la kan).

Gambar hiasan semata-mata (tapi lebih kurang macam ni la aku interview, sorang laki, sorang pompuan dok tanye macam2 soalan)

(Second interview di Kenanga bank lagi, minggu hadapannya)…Kali ni aku da tak nak berpaling lagi, ape2 pon aku mesti dapatkan jugak kerja kat situ…(dlm hati aku) So, dengan penuh confident aku menjawab soalan2 mereka yang mostly fully in English..Oh my English!…huhuhu…So, keep to try it, even x macam English US pon, biolah English Malay je..da namenye dok kat Malaysia kan..Bahasa Kita Budaya Kita Tau! Hehe…so, kena bangga dengan bahasa kita Bahasa Melayu, jangan sampai dok teragung2kan sangat bahasa orang putih ni…nak belajar atau speaking tu bole, tapi jangan la terlalu bunyi macam mengada-ada sangat nanti orang jadi menyampah dan meluat pulak dengarnye kan..bukan kita nak cakap dengan fully orang putih @ mat salleh betol,cuma mat salleh celop Malaysia ni jugak..huhu…tapi untuk kerja, kita mestilah yakin@confident la orang putih kate kan...

And lastly..minggu hadapannya sekali lagi, aku menerima panggilan dan perkhabaran gembira sehingga aku mencium dan memeluk mak aku pada masa tu..(mujur mak ada time tu...hehe..) memang hari tu hari yang gembira la.. dengan aku mendapat anak saudara baru lagi...Alhamdulillah rezeki..Betol2 berkat dan makbullah doa MAK! Selain doaku sendiri dan orang2 yang tersayang..Dan sekarang aku menjalani pekerjaan di Bandar Kuala Lumpur yang serba mencabar ini…Syukur Ya Allah!


Nak tau tak cane aku bole lepas interview kali ni walaupon tak dek lah nak kate aku ni bagus sangat??. Jom, aku nak kongsi dengan korang semua yang mungkin berguna untuk korang interview nanti.…Untuk keterangan lebih lanjut tips and info, korang bole la klik di sini atau pergi ke page ‘Tips & Info’….itu la antara soalan2 yang diajukan..dan antara jawapan2 yang aku berikan..

(korang bole la buat rujukan kalau rase2 berguna untuk interview nanti…tapi mostly aku rase x rugi la kalau korang bace dan ambil antara ayat2 dan tips2 berguna yang diperlukan supaya dapat di praktikkan..)




*Terima kasih kerana sudi membaca, harap2 korang pon akan berjaya juga..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment