Sunday 26 August 2012

KAWEN PUNYE KERJE (Part 1)

Pejam celik mata dah tak lama je lagi majlis kami yang akan berlangsung pada hujung bulan 11 ni nanti..InsyaAllah…So, banyak perkara dan persiapan yang perlu di buat. Betol la apa yang selama ni orang kata ingat kerja kawen ni mudah-mudah ke? Nak meniti hari bahagia perlukan pengorbanan dan usaha untuk menjayakannya..Ku berharap sangat-sangat semoga semua persiapan ini dipermudahkan dan dilancarkan urusan…aminnn…



Kalau kebanyakan orang yang nak kawen ni memang kadang-kadang terexcited cikit tapi kalau nak tau, debaran dan keserabutannya pon sama dengan excited nak kawen ni jugak..pergghhh…sabo je leerrr…Aku tak terkecuali..dengan persiapan yang hanya tinggal beberapa bulan ni, entah la tak tau nak kata macam mana…tak percaya pon ada..betol ke aku ni nak kawen??? Tapi percaya laa kerana ini mungkin sudah takdir qada’ dan qadar yang Allah telah tetapkan untuk diriku…Ada orang cepat jodohnya, dan ada orang lambat jodohnya..itu semua terserahlah atas kekuasaan Allah…


Ni antara tempat yang aku survey barang-barang since mase aku nak tunang lagi kat Semua House Jalan TAR, KL

Kerja-kerja kawen ni banyak yang perlu di titik beratkan. Perlu buat list, check apa yang patot di buat, budjet anggaran, perkara-perkara  penting yang diperlukan dan macam-macam lagi sampai pening kepala la jadiknye..Tapi semua kerja kawen ni kalo bole janganlah terlalu bermewah-mewah (bagi aku laa) sebab banyak perkara lagi yang perlu di utamakan yang penting selepas nikah tuu…InsyaAllah, harap-harap la segalanya berjalan mengikut adat budaya melayu dan yang penting mengikut landasan dan ajaran Islam..

Contengan blog aku kali ini sememangnya mengenai kerja-kerja kawen yang sedang dalam persiapan dan ingin memudahkan juga bagi bakal-bakal pengantin di luar sana..Walaupon aku bukanlah tau semuanya dan expert segalanya, tapi kat sini ku ingin berkongsi bersama serba sedikit apa yang penting dan senarai yang di perlukan untuk kerja kawen nie…
PERKARA-PERKARA PENTING:

  • Kursus pra-perkahwinan
  • Dokumen-dokumen  penting (Pejabat Agama)
  • Ujian Saringan HIV
  • Tempah Tok Kadi
  • Baju nikah
  • Menu makanan - Gotong-royong@Catering
  • Khemah/ kanopi/ Scallop
  • Hiasan bilik tidur
  • Barang hantaran dan gubahan hantaran
  • Butik pengantin (Pakej- baju, pelamin, makeup, bunga tangan, pintu gerbang)
  • Kek kahwin
  • Jurufoto / Juruvideo
  • Cenderahati:-
i) Kawan-kawan
ii) Saudara-mara
iii) Tetamu lain
iv) Kanak-kanak
  • Kad Kahwin
i) Pelan Lokasi
ii) Sampul surat
iii) Setem
  • Pengacara Majlis
  • Kompang, PA System / sound (Nasyid)
  • Bunga Manggar
  • Signboard
  • Poster / bunting
  • Inai
  • Guest book
  • Facial/Massage/Spa
  • Honeymoon
  • After Nikah

Ini semua list yang aku senaraikan sendiri, dan kalo tertinggal apa-apa atau ada perkara lain lagi yang diperlukan, harap sama-sama la berkongsi cerita yee...
Selain daripada perkara penting nie, korang mesti la buat budjet anggaran, sebab tak nak la budjet terlebih (pembaziran) atau budjet terkurang (tak cukup duwet pulak sebab nak buat macam-macam). Jadi kat sini ada la perkara yang korang perlu budjetkan...


BUDJET:

1-    Mas Kahwin

2-    Wang Hantaran

3-    Kos makanan

4-    Kos hiasan bilik tidur

5-    Kos baju nikah

6-    Kos belanja barang-barang hantaran

7-    Kos gubah barang hantaran

8-    Kos pakej perkahwinan (Butik)

9-    Kos cenderahati

10- Kos kad jemputan

11- Kos khemah, kanopi

12- Kos banting/signboard

13-  Kos fotographer/videographer

14- Kos rawatan kecantikan

15-  Kos lain-lain:-
·         Borang kahwin
·         Medical Chec-up / HIV test
·         Tok kadi

16-  Kos honeymoon

17- Kos memulakan hidup baru
 
Ok, yang paling penting last sekali tuu...kos memulakan hidup baru bersama suami/isteri tercinta untuk membina keluarga yang bahagia...Selalu orang akan fikir time untuk majlis jer, sampai bermewah-mewah sangat sampai lupa kepada tujuan asal untuk membina dan mendirikan rumahtangga..Nak grand-grand bole, tapi biarlah mengikut kemampuan kita dan yang penting bersederhana itu adalah lebih baik..Nampak rumitkan? Tapi jika kita banyak berdoa dan memohon pertolongan Allah, InsyaAllah dipermudahkan segalanya...We have a family, frenz, and our lovely future husband/wife to support and help us!

*Tunggu part yang akan datang...

 

1 comment:

  1. hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete