Monday 19 November 2012

KAWEN PUNYE KERJE (Part 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ya Allah! Rasa macam cepat jer masa berlalu...walaupun kadang-kala rasa macam lambat jugak..Our wedding da tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi..tapi sempat la I mengupdate (rosak Bahasa Melayu..hehe) blog ni..Ok, persiapan yang dah last2 time ni banyak mengenai preparation for myself..Ye laa..dah penat dan letih sepanjang beberapa bulan ni dan boleh dikatakan tiap-tiap minggu balik kampong (kerja nak mengemas rumah la pulak)..mujurlah dari KL ke Pahang, kampungku tak la jauh mana..Kalau naik bas dari KL sampai ke Temerloh hanya mengambil masa dalam 2 jam sahaja..then, ke Kampung dalam setengah jam sahaja lagi..

Sepanjang masa sebelum nak kawen ni, banyak kena jaga kesihatan dan kecantikan..Lepas kawen pon lagi la nak kena jaga..Jom, innershine la dulu..hehe..

For this next entry for my preparation, I want to relax and pampering myself. Selepas dah selesai mencari kasut, tudung dan sebagainya..Soo the next schedule is, going to teeth treatment..Buat scalling laa..bagi membersihkan gigi..ingatkan nak buat rawatan pemutihan gigi, tapi budjet maa…mahal la jugak..tunggu lepas da kawen la kot bole buat..hehe..duit banyak nak pakai lagi untuk kenduri ni...Ye la, nak jadi raja sehari ni kalau boleh semuanya nak lengkap kan…Dengan dunia siber sekarang, walaupon tak tau tempat klinik gigi mana yang  nak pergi, kita boleh search je dalam laman web.. I nak cari klinik gigi yang dekat-dekat  je dengan rumah sewa..So, type klinik gigi bangsar, terjumpalah klinik gigi ni…

Siap peta, no. tel semua ada..hehe..Ni klinik swasta, bagi yang nak budjet, bole la buat di klinik kerajaan..tapi leceh sikit la, kot kena menunggu lama..

Appointment dalam hari cuti Deepavali tahun 2012 ni..pukul 5 petang..pagi diorang tutup..(raya jugak kot..haha)..Punya la lama da tak buat rawatan gigi..rasa-rasanya last masa zaman sekolah menengah dulu kot.. sama lah dengan Encik tunang kite tuu…hehe.. masa buat tu…errr..macam ngilu jerr..geli pon ade..haha..tapi tahan je laa…mujur la doktor ni pompuan..kalau laki lagi la aku tak nak..haha..Best tu memang la best buat, tapi bayarannya pon best la kan..mujurlah company aku ade cover untuk rawatan gigi…So, nanti aku claim je la balik..hehe..

Spa in Maju Junction Mall..
Then, next schedule yang lagi best, pergi buat body treatment and facial di spa pulak..Search lagi di web dan ada jugak yang kawan I suggestkan di Maju Junction, KL…So, senang la jugak nak pergi, sebab da selalu lalu dekat situ..berdekatan dengan Sogo, KL…Sampai kat sana, terus pilih nak buat apa, then…let’s do this…Syok maa..
 
Tab mandi bole berendam dalam tu..hehe..

Nak suggestkan la, bagi yang nak kawen, kalau bole kena pergi awal seminggu @  dua minggu la, sebab nanti takot muka merah-merah, kulit macam ada sedikit mengelupas la.. dan ada pendapat kata,  kalau buat facial dekat-dekat hari nak nikah, make-up tak berapa lekat..cepat cair..hehe..tapi tak de la nak makeup tebal-tebal kan..Just neutral..Mula-mula takut jugak nak buat facial ni, tapi InsyaAllah OK laa…

Tempat shower after body scrub, dan tempat buat facial..

Haa..ni la topeng muka mask rider..hehe...nampak bentuk muka tu kan..best pakai benda ni, sejuk je rase..
Ini pakej-pakej yang di tawarkan..macam mahal la jugak, tapi aku ambil pakej rawatan untuk bakal pengantin, kira OK la harga die..
Masa mula-mula nak masuk..memilih dan memikirkan nak buat apa la ye...sempat la promote kedai ni jap..hehe..

Kiri: Antara produk-produk yang dii gunakan di spa ni..Kanan: Award yang pernah di terima oleh pemilik spa ni....
Konon-konon memilih pakej la tuu..hehe..Selepas rawatan..rasa lebih fresh..

Selain dari preparation untuk fizikal kita..jangan lupa ilmu bekalan untuk mental, rohani dan jasmani kita..bukan persediaan majlis sahaja, tapi diri kita sendiri pon kena ada ilmu pengetahuan dan persediaan untuk menjadi seorang Isteri / Suami...Jadi, banyak-banyakkan membaca, bertanya pada orang yang berpengalaman dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dapat menempuhi hidup bersama di alam rumahtangga dengan  aman dan bahagia sehingga ke Syurga..InsyaAllah...

Antara koleksi buku-buku yang masih dalam pembacaan.
Lastly, sampai sini dulu nak cerite..nanti kite jumpe lagi di entry yang baru..sepanjang majlis kami berlangsung..InsyaAllah..doa-doakan kami agar semua urusan berjalan dengan baik, tenang dan lancar..Aamiin..




No comments:

Post a Comment